Sunday, 18 December 2011

Cerita 23/7/2011 with my frenzzzz...


Glitter Generators

Assalamualaikum.. hah! nk aku nk cite pcl kwn2 aku tp sblom tu sorry lmbat cite..hehe.. tarikh 23/7/2011 meupakan hari kantin skola kesygn kami smk sultan alauddin.. emm... hari ni best gileee dapt mkn mcm2.. jd rambang mata tgk makanan kat kantin cikgu2 jual.. nak2 ditambah pila dgn kawn aku rabiatul diyana blanje kiteorg snack, air, coklat yg sedap2, keropok, gule2 ..eh mcm2 la.. aku bwak keropok ngn lolipop je kottt.. lg sorg member aku wana bwak kueh teau.. perhhhh! coklat memg sedap glee, begebut2 la kiteorg..hehehe.. like budak2.. aku mxe tuh bantai otak2 yg panas..pffft~ lazat..=) kiteorg gurlz 3Rk mkn kat tepi padang, alololo, da mcm berkhelah.. time tu sume pki bju kelaz yg mahal nak mampozzz.. but, nampak smart la.. bdaxx laki x join kteowg.. air kteowg minum air gess, air batu beli kat kelab usahawan.. haha.. jd xtentu arah la tgk byk makanan..hehe..before g tepi padang, kteowg berpozing kat kelaz nk promote makanan masing2 la katekan..lol~.. haha .. ade pic tu nk letak ke kat blog ni? emm , x pyah la.. sume kat pic tu cun cun..adik maniss la katekan..k tu je aku nk ckp sweet memory has been created in 23/7/2011.. love u all.. muah muah muah.. k wasalam..=)

Friday, 16 December 2011

Ciri-ciri Teman Sejati menurut Rasulullah S.A.W


Glitter Generators

1. Hendaklah bersahabat dengan orang yang beriman dan bertaqwa.

Sabda Baginda bermaksud:

”Jangan kamu bersahabat melainkan dengan orang yang beriman dan jangan berikan kecuali kepada orang yang bertaqwa.” (Hadis riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi).

2. Hindari berkawan dengan yang buruk perangai dan akhlaknya

Ibn Asakir menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

”Jauhilah kawan yang buruk akhlak dan perangainya, kamu akan dikenali sepertinya.

Sabda Baginda lagi:

”Seseorang itu berada atas cara hidup kawannya, maka perhatikanlah tiap seorang daripada kamu, siapakah yang didampinginya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi dan Abu Daud).

3. Menegur kesilapan kawan di atas perkara yang benar

Ubadah Ibn As-Samit berkata:

“Rasulullah s.a.w. mengikat janji dengan kami supaya dengar dan patuh ketika susah dan senang, yang disukai dan dibenci dan jangan merebut sesuatu dari tuannya kecuali ada bukti kekufurannya.Begitu juga, kami hendaklah berkata benar di mana saja kami berada tanpa takut akan penghinaan daripada seseorang yang suka menghina, semata-mata kerana Allah.” (Hadis riwayat Muslim)

4. Membantu kawan ketika dalam kesusahan

“Seorang Muslim dengan Muslim yang lain adalah bersaudara, dia tidak menzaliminya dan tidak mengelakkan diri daripada menolongnya.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:

Barangsiapa yang menolong kesusahan orang mukmin di dunia, necaya Allah akan menolong kesusahannya di Akhirat.Dan barangsiapa yang memudahkan kesusahan orang di dunia, nescaya Allah akan memudahkan kesusahannya di dunia dan di Akhirat. Dan barangsia yang menutup keaiban saudaranya, nescaya Allah akan menutupnya di dunia dan di Akhirat.”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)...

Sahabat soleh~


Glitter Generators

SAHABAT YANG SOLEH
LAKSANA PENJUAL KASTURI
SEDIKIT KESANNYA
KEHARUMAN MELATA
SAHABAT YANG SOLEH
KEBAIKANNYA JADI TUMPUAN
KEIMANANNYA TERUS DIGILAPKAN
KETAQWAANNYA DAPAT DITINGKATKAN
MENGALAHKAN SYAITAN YANG SIANG
MALAM BERJUANG UNTUK KEROSAKAN

TETAPI,
SAHABAT YANG SOLEH
RUPA PARAS BUKAN JADI BANDINGAN
DARJAT & PANGKAT BUKAN SOAL PILIHAN
YANG MULIA DI HATI BUDI
ASASNYA IMAN, NERACANYA TAQWA

SAHABAT YANG SOLEH
IALAH YANG MENEGUR KESILAPANMU AGAR IA TIDAK BERULANG
MELARANGMU DARI MELAKUKAN KEMUNGKARAN
YANG MENGINGATKANMU DARI KEALPAAN
TIDAK SETAKAT MENGANGGUKAN KEPALA
MENGIYAKAN APA YANG KAU KATA

SAHABAT YANG SOLEH
IALAH DISISIMU PADA SETIAP KEADAAN
YANG MERAIKANMU PADA SAAT KEGEMBIRAAN
YANG MENDAMPINGIMU PADA SAAT KESEDIHAN
YANG SANGGUP BERKONGSI KEPENTINGAN
MEREALISASIKAN SEBUAH PENGORBANAN

SAHABAT YANG SOLEH MALUNYA MENGATASI PERAWAN
BERANINYA MENGATASI PAHLAWAN
CINTANYA BUKAN PADA GAMBARAN
RINDUNYA BUKAN PADA PERTEMUAN
TETAPI, HATINYA SARAT DENGAN IMAN
RANTINGNYA IKHLAS
DAN PUNCAK KEREDHO'ANNYA JADI TUMPUAN

-Lina-

Thursday, 15 December 2011

Nukilan Hati Seorang Sahabat


Glitter Generators

Tangisan yang berlagu ibarat luahan hati yg dalam kesedihan,
gelak tawa yang bergema umpama raikan cinta sebuah kisah asmara,
namun saat dirimu teman begitu besar ertinya,

Saat aku dambakan seorang teman penawar luka,
kau hadir membawa 1000 semangat dan kekuatan,
berikan diriku sokongan, berikan diriku harapan,
sehingga aku mampu tertawa dan melagukan keriangan,
mengisi kesyukuran,sesusah kelukaan mampu kau lenyapkan.

Jangan biar onak duri melanda,
jangan biar marak api membara,
jangan biar ombak tenang bergelora.

Takutnya nanti jalinan cinta yang dulunya utuh,
berkecai hancur mumur berterbangan,
dipuput bayu petang, mencirak petang,
menggapai suram tika dipandang,

Sepahit mana,sesusah mana, sesakit mana,
setabah mana, separah mana,sehebat mana dugaan yang kita hadapi,
ingatlah.....
itulah titik tolak yang menjadi asam garam marcapada..

Biar hina di mata manusia,
biar semangat semakin tua,
biar usia semakin berusia,
biar harta semakin tiada,
biar jauh kedudukan kita,
biar jurang pangkat kita, namun....
jangan tergadai silaturrahim antara kita..

Biar gamitan kenangan duka yang perit payah kita,
menjadi memori yang bermakna dan terindah,
yang tak jemu-jemu mengenali hati budi insani yang bergelar....
TEMAN...=) khas buat sahabat2 kesayangan ana iaitu, nina, rabiatul, wana, wahida, n farah...:{D..maafkan saye! sayang awk sume..hehe.....

-Lina Khalida- 16/12/2011.. 11 pgi..

Tuesday, 13 December 2011


Glitter Generators

Sifat Pemaaf Bersih Hati,Tenangkan Jiwa

KETIKA manusia diciptakan, Allah mencipta juga pelbagai bentuk emosi dan keinginan dalam diri manusia yang berbentuk positif dan negatif yang saling mempengaruhi antara satu sama lain. Antara sifat positif yang terdapat dalam diri manusia ialah pemaaf, yakni lawan kepada sifat pemarah dan pendendam.

Pemaaf adalah sifat luhur yang perlu ada pada diri setiap muslim. Ada beberapa ayat al-Quran dan hadis yang menekankan keutamaan bersifat itu yang juga disebut sebagai sifat orang yang hampir di sisi Allah.

Allah berfirman bermaksud: “Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali Imran, ayat 132).

Namun, diakui bukan mudah untuk menjadi seorang pemaaf. Sikap negatif yang menjadi lawannya iaitu pemarah sentiasa berusaha menidakkan wujudnya sifat pemaaf dalam seseorang. Pertembungan dua unsur ini mewujudkan satu mekanisme yang saling ingin menguasai diri seseorang.

Iman dan takwa menjadi pengemudi melahirkan sifat pemaaf, manakala syaitan pula mengambil tempat mendidik sifat pemarah. Hakikatnya, syaitan sentiasa menggunakan kelemahan manusia untuk digoda dari pelbagai penjuru agar timbul sifat haiwaniah dalam diri manusia.

Memang tepat sifat pemaaf itu bukanlah satu perbuatan mudah dilakukan. Firman Allah yang bermaksud: “Tetapi, sesiapa yang sabar dan suka memaafkan, sesungguhnya termasuk pekerjaan yang berat ditanggung.” (Surah asy-Syura, ayat 43).

Sifat pemaaf memang sukar dilakukan memandangkan manusia sentiasa dikuasai fikiran logik untuk bertindak atas sesuatu perkara sehingga membunuh nilai moral sebenar.

Contohnya, bayangkan apakah tindakan spontan kita jika ditipu, dihina, dikhianati, dikecewakan dan perkara lain yang tidak disenangi. Sudah tentu perasaan marah akan menguasai diri dan diikuti pula dengan tindakan berbentuk lisan dan fizikal.

Kadangkala, perasaan marah juga disebabkan persaingan untuk mendapatkan sesuatu. Dalam keadaan itu, pesaing dianggap sebagai musuh yang perlu diatasi dengan apa cara sekalipun. Punca ini boleh merebak kepada fitnah, ugutan dan tindakan fizikal secara kekerasan.

Emosi manusia mudah terpengaruh ke arah melakukan tindakan yang pada pandangan logik adalah tindakan yang sepatutnya. Apatah lagi jika hasutan syaitan berjaya menguasai diri.

Di sinilah pentingnya kita memupuk sifat pemaaf dalam diri. Sesuatu yang logik tidak semestinya betul. Sebaliknya, ajaran agama adalah petunjuk kepada kebenaran yang mesti diamalkan untuk mendapat kebaikan di dunia dan akhirat.

Tindakan marah melampau dan diikuti pula dengan tindakan fizikal bukanlah jalan menyelesai masalah atau untuk menunjukkan siapa yang benar. Ketika itu jika diteruskan niat melakukan tindak balas atas kemarahan itu, mungkin ada tindakan yang mendatangkan keburukan sehingga melakukan pembunuhan.

Sesiapa berupaya menahan kemarahan, bererti dalam dirinya memiliki kemuliaan, keberanian, keikhlasan dan kekuatan yang sebenar. Sebaliknya, orang yang tidak mampu menahan marah adalah golongan yang lemah.

Nabi Muhammad bersabda: “Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan (kekuatan) dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah.” (Hadis riwayat Bukhari).

Pentingnya sifat menahan marah mendorong Nabi Muhammad apabila diminta oleh seorang lelaki agar berpesan atau mengajarnya mengenai sesuatu perkara, menjawab ringkas iaitu ‘jangan marah’.

Lelaki itu seperti tidak berpuas hati dengan jawapan itu. Dia mungkin merasakan apalah besar sangat kebaikan menahan marah. Lalu dia bertanya kali kedua mengharapkan agar Rasulullah memberitahu amalan lain yang lebih besar pahalanya. Tetapi Rasulullah tetap mengulangi perkataan ‘jangan marah’.

Untuk mendidik sifat baik dalam diri perlulah menghampiri diri dengan memperbanyakkan melakukan ibadat wajib dan sunat. Dengan kekuatan takwa dan iman secara langsung akan menjauhkan perkara yang ditegah, termasuk sifat pemarah.

Sifat pemaaf lahir dari jiwa dan hati yang tenang hasil daripada tarbiyah yang berterusan. Sebab itu, selalu memupuk sifat pemaaf. Bermulalah dengan perkara yang kecil dan mudah hilang sifat marah.

Jika ada sesuatu yang menimbulkan perasaan marah, berfikirlah sejenak untuk terlebih dahulu menilai atau muhasabah diri sendiri terlebih dahulu. Renungkan dalam hati sendiri adakah perkara itu juga berpunca dari kita sendiri? Adakah sebelum ini kita mengambil langkah yang wajar untuk mengelak perkara itu daripada berlaku?

Jika kita mampu berfikir sedemikian, cahaya kebenaran mudah memasuki ruang hati dan memberi petunjuk apakah tindakan yang wajar dilakukan seterusnya. Pada ketika itu syaitan tidak berpeluang untuk menyemarakkan perasaan marah, yang lahir adalah keinsafan dan sifat memaafkan.

Sifat pemaaf memberi manfaat yang besar kepada diri sendiri terutama dari segi rohani. Orang yang bersifat pemaaf selalu dalam keadaan tenang, hati bersih, berfikiran terbuka, mudah diajak berunding dan sentiasa menilai diri sendiri untuk melakukan kebaikan.

Bagi orang yang bersifat pemaaf, padanya tiada seorang pun dalam hatinya tersimpan perasaan marah. Sebab itu, hati orang bersifat pemaaf tidak mudah terbakar dengan provokasi yang menekan dirinya.

Banyak masalah berkaitan hubungan sesama manusia berpunca sifat marah dan membalas dendam. Biarpun perselisihan kecil, perkara itu tidak dapat diselesaikan disebabkan perasaan dendam masih bertapak di hati.

Sikap berdendam hanya merugikan kedua-dua pihak. Paling tertekan ialah pihak yang lebih banyak berdendam. Hatinya tidak tenteram dan sentiasa ada perasaan buruk sangka. Kadangkala, yang berdendam hanya sebelah pihak. Sedangkan, sebelah pihak lagi menganggap persengketaan sebelum ini selesai.

Jika sifat memaafkan diamalkan, insya Allah, kita juga tidak akan menanggung kemarahan daripada orang lain. Sesungguhnya Allah terlebih awal memberi keampunan dengan rahmat-Nya...=)

Monday, 12 December 2011

Ujian adalah tarbiyyah dari ALLAH..


Glitter Generators

TARBIYAH DARI ALLAH

Ujian dalam kehidupan ini merupakan tarbiyah dari Allah. Setiap liku-liku dalam hidup ini merupakan satu pelajaran yang tidak akan diperoleh di mana-mana sekolah atau universiti pun. Bila datangnya ujian dalam hidup, kita seringkali berasa kecewa, sedih dan putus asa. Merasakan seakan-akan tiada jalan keluar dan tiada pengharapan lagi. Kita merasakan bahawa Allah tidak mendengar doa yang kita titipkan saban hari.

Sebenarnya, kita insan yang serba lemah ini, seringkali jahil dalam mentafsir bagaimana Allah memakbulkan doa yang pernah kita lafazkan. 


Indahnya tarbiyah dari Allah. 
Yang jauh Allah dekatkan, yang lalai Allah ingatkan. 

Ketika aku memohon kekuatan,
Allah memberikan aku kesulitan sehingga aku kuat,
Ketika aku memohon kebijaksanaan,
Allah memberikan aku masalah untuk aku pecahkan,
Ketika aku memohon kesejahteraan,
Allah memberikan aku akal untuk berfikir,
Ketika aku memohon keberanian,
Allah memberikan aku bahaya untuk aku atasi,
Ketika aku memerlukan cinta,
Allah memberikan aku orang bermasalah untuk aku tolong,
Ketika aku memohon bantuan,
Allah memberikan aku kesempatan,
Ketika aku tidak pernah menerima apa yang aku minta,
Tapi aku menerima apa yang aku perlukan.... 



sekian sahaja dri ana Lina Khalida..

Sunday, 11 December 2011

ibu ayah.... saya sayang ibu ayah..


Glitter Generators

Assalamualaikum.. perhhhh.. lg 11 hari result pmr nk kuar 22 Disember 2011.. genap usiaku 15 tahun 3 bulan..=).. hope aku dan kwn2 dpt result 8A.. amin...insyaALLAH.. rsenye da lame x update blog, sbb aritu igt lupe pswrd, rupe2nye, salah email... hari ni aku nk cite tentg pengorbanan seorg mak dan ayah.. ibuku FARIDAH MD ALI telah dipertemukan jodoh dgn ayahku NOR AZLAN YAHAYA... ibuku telah melajirkan 4 cahaya mata, alhamdulillah.. tepat pd pkol 3 .6 minit pagi ibuku telah selamat melahirkan aku di hospital melaka.. masyaALLAH, kasihannya ibuku merasakan kesakitan ketika melahirkan driku dan adik beradikku yg lain.. ibu ku sedang bertarung nyawa ketika itu.. ibuku telah berusaha utk menjaga kesihatannya sebaik mungkin untuk melihat aku dilahirkan di dunia dgn keaddan selamat... ibuku dan ayahku telah memberi didikan agama, memberi makan , membersihkan badanku tanpa rase jijik, membeli pakaian utku, dan yg tidak boleh di beli ialah kasih sayang dan pelbagai lagi.. dri kecik tapak tangan hingga besar tapak tangan ini ibu dan ayah telah besarkan kami 4 beradik dgn hidayah dan rahmat ALLAH S.W.T... ibuku dan ayahku telah menghantar aku ke sekolah, mereka membeli kn ku baju, buku, kasut, alat tulis, dan bermacam2 lg untuk melihat dan adi beradik  yg lain berjaya.. ibu dan ayahku sanggup berkerja utk mencari rezeki utk kami sekeluarga.. aku dan adik2ku yg lain dduk di rumah pd musim cuti skola, tanpa mengetahui perasaan letih mereka, masalah, rintihan air mata mereka.. subahanALLAH.. kini aku tahu hadiah yg paling berharga dlm kehidupn ibu dn ayah ialah melihat anak mereka berjaya di mahligai gading dan menjadi anak yg soleh dan solehah.. terima kasih mak dan ayah kerana membesarkan ena dn akk, abg, n adik..  ALLAH  sahaja yg dpt membalas jasa baik ibu dan ayah..  terima kasih kpdmu YA ALLAH krana lahirkan aku di dunia ini, dan kurniakan aku ibu dan ayah yg baik... smoga ibu dan ayah di tempatkan di syurga nanti.. amin..insyaALLAH..=).. syurga itu dibawah telapak kaki ibu.. ibu ayah doakan ena dpt 8A je nnt..amin..