-Di mana bumi dipijak, di situ perintah ALLAH S.W.T dijunjung-=)Mutiara idak pernah dimuntahkan timbul oleh lautan. Bahkan kita yang perlu menyelami dasar lautan, mengutip tiram dan mencari mutiaranya. Samalah juga dengan mencari mutiara ilmu, perlu dicari ilmu yg bermanfaat dengan hati yg bersungguh-sungguh... :) -Lina Khalida-
Thursday, 15 December 2011
Nukilan Hati Seorang Sahabat
Glitter Generators
Tangisan yang berlagu ibarat luahan hati yg dalam kesedihan,
gelak tawa yang bergema umpama raikan cinta sebuah kisah asmara,
namun saat dirimu teman begitu besar ertinya,
Saat aku dambakan seorang teman penawar luka,
kau hadir membawa 1000 semangat dan kekuatan,
berikan diriku sokongan, berikan diriku harapan,
sehingga aku mampu tertawa dan melagukan keriangan,
mengisi kesyukuran,sesusah kelukaan mampu kau lenyapkan.
Jangan biar onak duri melanda,
jangan biar marak api membara,
jangan biar ombak tenang bergelora.
Takutnya nanti jalinan cinta yang dulunya utuh,
berkecai hancur mumur berterbangan,
dipuput bayu petang, mencirak petang,
menggapai suram tika dipandang,
Sepahit mana,sesusah mana, sesakit mana,
setabah mana, separah mana,sehebat mana dugaan yang kita hadapi,
ingatlah.....
itulah titik tolak yang menjadi asam garam marcapada..
Biar hina di mata manusia,
biar semangat semakin tua,
biar usia semakin berusia,
biar harta semakin tiada,
biar jauh kedudukan kita,
biar jurang pangkat kita, namun....
jangan tergadai silaturrahim antara kita..
Biar gamitan kenangan duka yang perit payah kita,
menjadi memori yang bermakna dan terindah,
yang tak jemu-jemu mengenali hati budi insani yang bergelar....
TEMAN...=) khas buat sahabat2 kesayangan ana iaitu, nina, rabiatul, wana, wahida, n farah...:{D..maafkan saye! sayang awk sume..hehe.....
-Lina Khalida- 16/12/2011.. 11 pgi..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment